Thursday, 9 August 2012

MATA PELAJARAN UNTUK SEMESTER 5


SEMESTER 5 (DIPLOMA)

A4003- ENGLISH FOR TECHNICAL PURPOSES 4
Information processing skills, reading skills, oral communication skills and report writing
and graphs and charts.

B4001 – MATEMATIK KEJURUTERAAN 4
Teorem Binomial, siri, vector dan skala, pecahan separa, jelmaan Laplace dan
persamaan tak linear.

J3008 – MEKANIK BENDALIR
Konsep asas mekanik bendalir; bendalir statik; bendalir dinamik; pengukuran aliran di
dalam sistem talian paip; muncung.

J4303 - PENJENTERAAN PERTANIAN 2
Alat-alat penuaian: alat-alat penuaian bijirin, tanaman berbatang, rumput ternak; alat
penuaian khas; alat-alat pengelolaan/pengendalian bahan; alat untuk sistem pemakanan
binatang ternakan; penggunaan mikrokomputer dalam pengurusan ladang.

J4304 - KEJURUTERAAN TANAH
Ukur tanah; kajidaya tanah; kestabilan tembok penahan; penebusgunaan tanah, hakisan
tanah dan perlindungan tanah.

J4305 - PENGURUSAN WORKSYOP PERTANIAN
Pengenalan kepada pengurusan woksyop pertanian; menganggar keupayaan jentera,
kecekapan ladang dan keperluan unit kuasa; kos pengendalian jentera; prinsip
pemilihan jentera pertanian; prinsip pengurusan stor; prinsip pengurusan
penyenggaraan dan pembaikan

MODUL ELEKTIF :

J4851 - LANDSKAP DAN JENTERA HORTIKULTUR
Pengenalan dan definisi landskap; prinsip-prinsip landskap; elemen rekabentuk dan
elemen landskap; tumbuh-tumbuhan dalam rekabentuk landskap, penyelenggaraan
landskap; jentera dalam hortikultur.

J4853 - TEKNOLOGI PENGURUSAN SISA BIOSISTEM
Pengenalan: ciri-ciri sisa, komposisi dan jenis-jenis sisa, kesan sisa kepada
persekitaran; pengurusan sisa bio-industri dan pertanian; kaedah pelupusan;
pengurusan enapcemar; kitar semula sisa.

J5124 – KAWALAN KUALITI
Statistik asas; konsep asas kualiti; carta kawalan pembolehubah; carta kawalan atribut;
pensampelan penerimaan; kos kualiti; teknik peningkatan kualiti; siri ISO 9000.

E4067 – PRINSIP MIKROPEMPROSES
Electronik berdigit, sistem berasaskan mikropemproses, set suruhan mikropemproses,
storan utama, pengantaramukaan dan penggunaan mikropemproses.

B4006 – PENGATURCARAAN KOMPUTER
Penyediaan program dengan menggunakan Visual Basic.

No comments:

Post a Comment